Thursday, September 3, 2009

Malam Lailatul Qadar..

salam...

Mudah-mudahan apa yg dipaparkan mampu memberi manfaat untuk kita bersama…Amin…

Hukum Iktikaf

Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.

Jadual Malam Lailatul Qadar

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah “lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan.” . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:


KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN
MALAM LAILATUL QADAR


Jika awal ramadhan, jatuh pada hari :-

Ahad atau Rabu
Malam 29 Ramadhan

Isnin
Malam 21 Ramadhan

Selasa atau Jumaat
Malam 27 Ramadhan

Khamis
Malam 25 Ramadhan

Sabtu
Malam 23 Ramadhan

Berkata Sheikh Abu Hasan “semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut”

Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65..

moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilih umur, masa dan tempat . Olehitu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan dunia seolah-olah kita akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Wallahu ‘alam bis sawab.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin